Jumaat, 18 Februari 2011

Pengaduan Pada Tuhan

Kaulah Tuhan Yang Maha Esa
Pencipta alam semesta
Nikmat yang tiada terkira
Tanda kasihkan hamba

Tapi manusia terus alpa
Dibawa arus dunia
Keindahan yang dinikmati
Tak pernah disyukuri

Wahai Tuhanku
Penghuni alam fana ini
Terumbang ambing
Tiada haluan sendiri
Hanyut tanpa pedoman
Iman makin pudar
Kerana tiada pegangan
Engkaulah Tuhan yang Esa
Bantulah hamba yang hina
Berilah petunjuk hidayah
Kepada mereka semua
Moga pintu hati terbuka
Mensyukuri anugerah Allah

Bertaubatlah kamu dengan segera
Sebelum ajalmu menyapa
Dunia ini hanya sementara
Berkekalan akhirat jua

Lirik nasyid ini adalah ciptaan bekas anak-anak muridku

Khamis, 17 Februari 2011

Aku Wanita

      Assalamualaikum pembuka bicara tanpa suara...
Sinonim dengan sifat wanita, membebel atau berleter adalah perkara yang tidak asing lagi bagi hampir setiap wanita..Terkadang aku berfikir mengapa wanita bersifat sedemikian...Malam tadi memang puas aku nikmati topik ini bersama-sama emak dalam rancangan TV Semanis Kurma..Salah seorang tetamu yang diundang adalah Serina Redzuwan..siapa lagi kalau bukan anak Chef Wan.
      Banyak panduan dan tip daripada Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Akashah dalam melayari kehidupan berumah-tangga dan melayani kerenah isteri yang kuat membebel..Suami hendaklah bersabar dengan bebelan isteri selagi apa yang dicakapkan adalah benar dan untuk kebaikan..Sang isteri pula janganlah gunakan perkataan yang kasar atau tidak baik sewaktu meleteri anak dan suami...
      Sebagai mengakhiri bicara kali ini, terima kasih buat emak yang membesarkan kami dengan leterannya yang tidak habis-habis sehingga ke hari ini...kerana leteran itulah yang menjadi panduan dan pedoman kami menempuh ranjau kehidupan...Wallahu'alam...