Khamis, 17 Februari 2011

Aku Wanita

      Assalamualaikum pembuka bicara tanpa suara...
Sinonim dengan sifat wanita, membebel atau berleter adalah perkara yang tidak asing lagi bagi hampir setiap wanita..Terkadang aku berfikir mengapa wanita bersifat sedemikian...Malam tadi memang puas aku nikmati topik ini bersama-sama emak dalam rancangan TV Semanis Kurma..Salah seorang tetamu yang diundang adalah Serina Redzuwan..siapa lagi kalau bukan anak Chef Wan.
      Banyak panduan dan tip daripada Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Akashah dalam melayari kehidupan berumah-tangga dan melayani kerenah isteri yang kuat membebel..Suami hendaklah bersabar dengan bebelan isteri selagi apa yang dicakapkan adalah benar dan untuk kebaikan..Sang isteri pula janganlah gunakan perkataan yang kasar atau tidak baik sewaktu meleteri anak dan suami...
      Sebagai mengakhiri bicara kali ini, terima kasih buat emak yang membesarkan kami dengan leterannya yang tidak habis-habis sehingga ke hari ini...kerana leteran itulah yang menjadi panduan dan pedoman kami menempuh ranjau kehidupan...Wallahu'alam...

2 ulasan:

  1. salam... insyaallah.. mana yg boleh tu kita share ilmu unit trust.

    BalasPadam
  2. Salam..terima kasih Liza atas sokongan kpd saya yg baru merangkak ni...

    BalasPadam